Friday, May 8, 2009

Najis daDah yg semakin tenat..







Dewasa ini masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelbagai masyarakat di negara kita amat
mencemaskan dan menjadi semakin rumit untuk ditangani. Salah satu masalah sosial yang
agak meruncing adalah penyalahgunaan dadah di kalangan masyarakat khususnya Umat
Islam. Penyalahgunaan dadah yang berleluasa ini telah menimbulkan satu masalah besar
kepada negara. Setiap tahun bilangan penagih kian bertambah sedangkan yang sedia
menagih tidak pula berkurangana atau sembuh. Pihak kerajaan telah berusaha keras untuk

menangani masalah ini yang kini telah menjadi satu agenda utama negara untuk
membasminya. Berhubungan dengan itu, kita juga telah dikejutkan dengan kesan buruk
akibat dari pengambilan dadah ini iaitu satu penyakit ‘kronik’ yang dikenali sebagai HIV
(Human Immunodeficency Virus) dan AIDS (Aquired Immune Deficency Syndrome).
Walau pun kita semua benci kepada perkara ini, namun kerajaan tidak pernah
mengabaikan tanggungjawabnya untuk memulih dan menyelamatkan mereka yang terlibat
ini dan berharap mereka akan insaf serta berusaha memulihkan diri sendiri.Dadah ini tidak mengenal uSia,darjat dan aGama
..

GotHic?..remaJa tergolong gejalan sYaitan..





Mengapa remaja seolah-olah memiliki masalah unik dan tidak mudah dipahami? Ungkapan ini mungkin banyak dilontarkan para orang tua, namun bagaimana dengan para remaja sendiri? Sebuah penelitian terbaru di Inggris melakukan analisa tentang pola laku remaja, terutama remaja beraliran gothic atau lebih dikenal dengan sebutan 'goths'.
Melukai diri sendiri yang termasuk gangguan mental serius menjadi salah satu ciri khas remaja beraliran goths, dibandingkan remaja dari komunitas lain.Pada studi tersebut dicatat, sekitar 53 persen yang mengikuti aliran gothic (Goth subculture) mengaku suka mencederai diri sendiri sementara 47 persen lainnya cenderung berusaha untuk mengakhiri hidupnya.

Sebenarnya hampir separuh dari remaja mencederai diri sendiri sebelum memutuskan memilih aliran goths, dengan aliran ini mereka merasa tekanan emosi mereka lebih diperhatikan dan dimengerti.

Melukai diri sendiri seperti: memotong, membakar atau memukul diri sendiri untuk menimbulkan rasa sakit, adalah sebuah cara menunjukkan masalah emosi mereka. Hal tersebut bisa dihubungkan dengan depresi, usaha bunuh diri, dan berbagai masalah kejiwaan dalam kehidupan selanjutnya.

Thursday, May 7, 2009

GeJala puNk yg berleluasa di kAlangaN remajA!



Punk pula lahir di London, Inggeris. Sejak tahun 1980-an, saat punk bermaharalela di
Amerika, golongan punk dan skinhead seolah-olah bersatu, kerena mempunyai semangat
yang sama. Namun, Punk juga dapat bererti jenis muzik atau genre yang lahir di awal tahun
1970-an. Punk juga boleh diertikan sebagai ideologi hidup yang mencakup aspek sosial dan
politik. Gerakan anak muda yang diawali oleh anak-anak kelas pekerja ini dengan segera
membantah Amerika yang mengalami masalah ekonomi dan kewangan yang dipacu oleh
kemerosotan moral oleh para tokoh politik yang memicu peningkatan pengangguran yang
tinggi.

poNteng sekolah masalah besar pelajar!!





Salah satu masalah disiplin yang paling besar adalah ponteng sekolah. Masalah ponteng sekolah ini pun bukan perkara baru malah semua orang pernah terlibat atau mengetahui tentangnya semasa bersekolah dahulu. Masalah ini sebenarnya berlaku sepanjang tahun cuma bilangannya meningkat setiap kali selepas peperiksaan sebelum cuti bermula.

Jangan terkejut jika ada yang ponteng sekolah ini dihalalkan oleh ibubapa sendiri terutama mereka yang bersekolah rendah. Ini amat ketara semasa kelas ganti pada hari Sabtu dan ketika selepas peperiksaan. Kedatangan yang merosot ini boleh dilihat apabila pelajar beberapa kelas terpaksa digabungkan untuk memenuhkan sebuah kelas. Cubalah tanya kepada anak atau adik anda bila ada kelas gantian hari Sabtu atau selepas peperiksaan nanti.

Bukankah sikap sebahagian ibubapa yang menghalalkan tidak perlu hadir ke sekolah ini memberi pengajaran yang kurang sihat kepada anak-anak mereka sendiri. Apabila di sekolah menengah nanti pelajar ini akan dengan sendirinya mencari berbagai alasan untuk membolehkan dia tidak datang ke sekolah. Akhirnya mereka ini akan menganggap pergi ke sekolah ini satu bebanan dan seringlah dia melencong ke tempat lain.

rempit oh mat rempit...
















Marcapada ini,remaja2 penuh dengan kegilaan..dengan berbagai gelagat..sepeti sekarang ini yg sgt top.."mat rempit".gejala sosial yg sgt mengundang bahaya untuk remaja sekarang..yg berani membonceng motor dgn aksi berbahaya dan laju di jalan raya sehingga membahayakan kenderaan lain..Aspek ini sgt sukar untuk dibendung kerana..ibubapa terutama yg tidak bertanggungjawab atas perbuatan anak2 mereka..